Selepas meraikan sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, serentak dengan lawatan kerja dua hari di Pulau Mutiara itu, DS Najib meneruskan perjalanan beliau ke Johor pada 12 Februari 2013.
Sepertimana di Pulau Pinang, Najib mengadakan mesyuarat khas bersama pucuk pimpinan Umno Negeri dan pemimpin parti komponen di Johor.
Lawatan sehari ini dijangka menyelesaikan beberapa isu berbangkit apatah lagi desakan akar umbi yang mahukan perubahan pada jawatan Menteri Besar Johor.
Selain itu beberapa masalah berkenaan persediaan dan kawasan yang masih dalam zon kelabu dan hitam turut dititikberatkan oleh DS Najib dalam mesyuarat tertutup tersebut.
Apatah lagi kewujudan kem-kem tertentu dalam kepimpinan telah mewujudkan suasana kurang menyenangkan dalam menghadapi cabaran besar PR pada PRU13 ini. Maka Umno Johor digesa agar bersatu padu untuk mengekalkan Johor sebagai kubu kuat Umno seperti kebiasaannya.
Selepas Johor, DS Najib akan meneruskan lawatan beliau ke Sabah pada 13 dan 14 Februari 2013.
Selain mengadakan mesyuarat bersama pemimpin Umno Negeri, DS Najib dilaporkan akan membuat lawatan khas ke kawasan Parlimen Beaufort dan Tuaran; dua kerusi yang baru-baru ini ahli parlimennya melompat meninggalkan BN.
Beaufort dianggap sebagai kubu kuat kuat etnik Bisaya di mana Lajim Ukin; MP Beaufort yang melompat keluar daripada BN ialah pemimpin tertinggi suku kaum tersebut.
Kesilapan memilih calon terutamanya bukan daripada etnik tersebut akan menyebabkan peluang tipis untuk memenangi kerusi tersebut. Apatah lagi pengaruh Lajim telah meresap ke akar umbi bahagian tersebut sejak dulu lagi.
Sementara itu parlimen Tuaran pula mengandungi majoriti etnik KDM dan sebahagian etnik Bajau. MP Tuaran yang melompat keluar BN yang juga merupakan bekas Timbalan Presiden UPKO merupakan seorang yang berpengaruh dikalangan etnik KDM.
Walaupun sebelum ini kerusi Tuaran diwakili UPKO, namun baru-baru ini PBS telah menuntut kembali kerusi Parlimen Tuaran. Isu niat UPKO untuk keluar BN, lumpuhnya jentera UPKO di Tuaran serta cadangan calon UPKO yang diketahui bermasalah dengan penduduk setempat telah memeningkan BN untuk meletakkan calon yang sesuai.
Ini kerana PR mendakwa Tuaran merupakan titik perubahan mereka untuk meneraju Sabah. Di samping itu calon PR di Tuaran dicanangkan sebagai calon TPM Malaysia untuk kouta Sabah Sarawak.
Maka itu lawatan kerja dua hari ini bertujuan untuk mengekalkan tahap sokongan pengundi Sabah yang diketahui sebagai penentu kepada kemenangan mutlak pada PRU13 ini.
No comments:
Post a Comment