KUALA LUMPUR, 23 Jan – Umat Islam di negara ini mesti bersatu menguatkan barisan dan memantapkan perjuangan untuk memastikan Islam terus terpelihara dan berada pada martabat yang tinggi serta mulia.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata umat Islam kini berdepan cabaran yang amat besar untuk mengekalkan kemuliaan agama dan kekuatan ummah berpandukan pedoman Al-Quran dan Al-Sunnah.
Justeru, beliau berkata resepi terbaik adalah dengan menjadikan syariat Islam asas panduan dan pedoman dalam segenap aspek kehidupan.
“Umat Islam tidak boleh membiarkan anasir-anasir jahat merosakkan kemuliaan agama kita.
“Usaha tersebut tentunya bukan sesuatu yang mustahil kerana Rasulullah S.A.W. sendiri berjaya membimbing masyarakat Islam terawal sehingga menjadi umat yang terbaik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul 1434/2013.
Selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah, Muhyiddin mengajak masyarakat Islam di negara ini bermuhasabah melihat sejauh mana umat Islam berpegang kepada ajaran Islam dan melaksanakan segala titah perintah Allah dan RasulNya.
Katanya, sambutan Maulidur Rasul adalah salah satu cara umat Islammenunjukkan sanjungan serta kasih sayang terhadap perjuangan dan pengorbananRasulullah S.A.W. yang tidak pernah kenal erti penat, gentar jauh sekali dibelenggu rasa kecewa demi mengembangkan Islam dalam keadaan serba kekurangan sekaligus berjaya menyatukan umat manusia di bawah satu agama.
“Adakah kita telah menjadikan perjuangan Rasulullah S.A.W. sebagai panduan hidup kita terutamanya dalam memelihara penyatuan ummah di negara kita, dan juga dalam memastikan Islam menjadi agama yang dihormati.
“Jika kita sedar tanggungjawab kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. maka tentulah sambutan pada hari ini akan menjadi lebih bermakna,” katanya.
Muhyiddin juga mengajak umat Islam di negara ini untuk melipatgandakan usahamenjadi umat yang terbaik, sederhana dan adil dalam apa juga yang dilaksanakan. (Umno Online)

1 comment:
Lebih 50 tahun dan jangka masa itulah kehidupan Melayu hidup mengharapkan ikhsan hidup mengharapkan estate bagi aesetengah keluarga Melayu di estate-estate dengan menjadi ahli UMNO hampir 3 generasi.
Untuk melangsungkan kehidupan sebagai pekerja estate tetapi untuk memiliki tanah hampassss...
UMNO terkaung-kaung memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Bangsa mana? Agama mana? Negara mana? Sedangkan masih ramai lagi bangsa Melayu hidup merempat.
Jika MCA boleh dikurniakan tanah untuk khas bangsa Cina manakala MIC khas untuk bangsa India tetapi tanah yang dipohon bangsa Melayu terpaksa dibagi sama rata dengan bangsa Cina dan India itu pun masih belum tahu status permohonannya hingga kini. Apakah Bangsa Melayu berpaksi UMNO perlu tunggu dan tunggu hingga ke generasi berikutnya? Mana perjuangan yang UMNO perjuangkan? Untuk Pemimpin kah? Untuk kekayaan individu kah?
Memang setiap kali bila lawatan Pemimpin UMNO melawat di Dun Bekok Parlimen Labis melawat Bekok, setiap kali itu juga gula-gula ditabur sebagai umpan pilihanraya.
Begitulah nasib anak jati Bekok. Tunggu PRU 13 nanti. Tidak perlu ramai untuk protes cukup hanya 100 orang sahaja. Terkini jumlah itu hampir menjadi kenyataan dan mereka bersetuju. Undi Melayu tidak bermakna di Dun Bekok dan Parlimen Labis bagi BN kerana peratusnya kecil. Semoga ianya menjadi kenyataan.
Post a Comment