Friends

Monday, January 28, 2013

Najib Razak Bercinta Dengan Rozita Che Wan?

"Kami sama-sama suka dan Rozita balas cinta saya" - Najib Razak.

Melihat peribadi janda paling hangat di Malaysia, Rozita Che Wan dan gossip yang mengaitkan beliau dengan VVIP bertaraf menteri pasti membuatkan pembaca mengaitkan nama Najib Razak yang dimaksudkan ialah PM Malaysia.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah merupakan siri kesilapan ejaan oleh Metro Ahad yang hendak memaparkan kisah percintaan Rozita dengan Zain Saidin.

Namun mengikut maklumat sumber, kesalahan ejaan ini hanya melibatkan Metro edisi tengah.

Walaupun kesilapan begini biasa berlaku namun edisi hiburan ahad biasanya dicetak lebih awal sebelum tarikh edaran berbanding edisi harian. Maka ianya sepatutnya dikesan dengan lebih awal.

Pastinya sidang redaksi perlu menyiasat apakah ini benar-benar kesilapan ejaan ataupun terdapat unsur sabotaj yang secara tidak langsung menenggelamkan sedikit perhatian rakyat kepada berita kepulangan DS Najib daripada Palestin dan WEF.







No comments:

Disclaimer

Any articles, information, opinion, or any writing content in this blog which is NOT prepared by the owner of this blog will be under full responsibility/liability the sender/source and the owner of this blog denies to take any responsibility/liability for the contents.