Friends

Monday, February 08, 2010

PAS Akhirnya Tewas Kepada Blogger JeffryDamien

Salinan laporan polis oleh S/U Keselamatan
PAS Kelantan terhadap sebuah blog tanah air

sumber gambar: HarakahDaily

Kekesalan Nik Aziz dan PAS berhubung posting daripada blog Jeffry Damien menyerlahkan kelemahan PAS dalam menghadapi perang saraf.

Kononnya gambar tersebut bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau.

Masih ingatkah PAS berkenaan gambar Najib dan Atlantuya yang di buat secara super impose dan di jaja serta di persenda oleh seluruh ahli politik pembangkang?

gambar ini diambil dari blog rasmi Pemuda
Apakah hanya kerana bergelar PAS maka mereka halal untuk menghina, memfitnah dan mempersenda orang lain sewenang-wenangnya?

gambar ini masih berada di blog Tian Chua dan Chegu Bard

Gambar-gambar secara langsung mengundang provokasi melampau dan fitnah yang keterlaluan sedangkan ianya merupakan kes berprofil tinggi dan di antara negara yang berlainan.

Apa pendirian PAS ketika itu? Tidak lain dan tidak bukan dari terus menjaja dan mempersenda. Kini, setelah pemimpin agung mereka di persenda maka terus melenting.

Masih ingatkah PAS sewaktu Zunar mempersenda anggota muka Tun Mahathir dan menggelar Tun dengan pelbagai gelaran yang hina? Dan baru-baru ini dengan penuh bangga mempersenda kedaulatan negeri Perak dengan melancarkan buku 'Perak Darul Kartun'?

Paling menyerlahkan kebodohan dan kegopohan pembuat laporan tersebut adalah secara terus mengaitkan blogger tersebut sebagai salah seorang Cyber Troopers Umno hanya kerana bloggers tersebut membuat pautan Unit Media Umno Wangsa Maju di blog beliau.

Jikalau begitu mudahnya kesimpulan yang dibuat pastinya beberapa blog penyokong Umno lainnya adalah cybertroopers pembangkang hanya kerana mereka membuat pautan kepada blog pemimpin PAS atau Keadilan.

Apapun, sekalung TAHNIAH buat saudara Jeffry kerana berjaya membongkar kegopohan dan kelemahan PAS dalam menghadapi perang saraf di alam siber.

Jika dahulu mereka mendakwa pembangkang menguasai siber, kini mereka sendiri tidak sanggup berhadapan dengan serangan psikologi seperti mana yang mereka amalkan dahulu.

Gambar yang didakwa oleh PAS mampu menggugat kestabilan politik negara

2 comments:

Anonymous said...

inilah kata bloger celako...mmg bloger hantam balik...sendiri jilat ludah maa,,,tahniah jefry.

zedmagel said...

Salam Saudara,

Salam simpati saya kepada sdra Jeffry, apakah tindakan Blogger UMNO Johor sendiri bagi meringankan kekusutan beliau sekarang?

Disclaimer

Any articles, information, opinion, or any writing content in this blog which is NOT prepared by the owner of this blog will be under full responsibility/liability the sender/source and the owner of this blog denies to take any responsibility/liability for the contents.