Friends

Saturday, August 29, 2009

Ahli Parlimen Johor Masuk PKR?

Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.

Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN.

Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR?

Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.

Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah. Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!

3 comments:

ntvirus said...

salam perjuangan dari

ADMIN,
ALIFFAFNAN

Anonymous said...

Baguslah kalau benar...mudah-mudahan ia menjadi kenyataan...

Shamsul KL

member pencen keramat said...

Lompat si katak lompat apa lagi yang tunggu lagi cepat lagi bagus.

Disclaimer

Any articles, information, opinion, or any writing content in this blog which is NOT prepared by the owner of this blog will be under full responsibility/liability the sender/source and the owner of this blog denies to take any responsibility/liability for the contents.