Lagu yang dinyanyikan oleh sekumpulan Muslimat PAS di perkarangan mahkamah yang mendapat liputan meluas akhbar perdana dan blog adalah sangat mirip dan boleh dikatakan sama dengan melodi lagu When The Saints Go Marching In cuma liriknya ditukar kepada reaksi semasa.
Lagu When The Saint Go Marching In merupakan lagu sebuah lagu American Gospel Hymn. (link: wikipedia)
Gospel music merupakan muzik yang berunsurkan spritual dan bertujuan ekspresi kepercayaan terhadap cara hidup Kristian.
Walaubagaimanapun, selalunya Gospel Music mengandungi puji-pujian terhadap Tuhan Jesus, Christ atau Holy Spirit. (link: wikipedia).
Apakah maksud Saint? Saint bermaksud Manusia Suci.
UMNO@Johor
SETIA UNTUK PARTI; BUKAN UNTUK INDIVIDU
Wednesday, January 11, 2012
Thursday, January 05, 2012
Pada 9 Jan 2012 ...
Jika Anwar bersalah:
Tindakan- himpunan dan rusuhan
Alasan - Kerajaan BN tidak adil dan zalim, sistem kehakiman dimanipulasi, konspirasi terhadap Anwar, penganiayaan, pembelaan terhadap Anwar dan bermacam lagi.
Jika Anwar tidak bersalah:
Tindakan - himpunan dan rusuhan
Alasan - Kerajaan BN gagal dalam usaha menganiaya Anwar, hakim berjaya tegakkan keadilan, Anwar "insan terpilih", provokasi pihak berkuasa, tanda bermulanya revolusi dan bermacam lagi.
Kesimpulannya - Anwar bersalah atau tidak bukan satu isu lagi. Cuma mereka mahu mengada-adakan dan menunjukkan imej Anwar seolah-olah ramai pengikut yang bersedia berbuat apa saja demi kerana beliau.
Terpulang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menilai dan menghakimi tindakan tidak wajar kelompok ini.
![]() |
| Anwar masih rindukan saat ini -zaman Reformasi tahun 1998 |
Wednesday, January 04, 2012
Anwar Lebih Suka Dipenjara?
Strateginya mudah:
1) Peguam Anwar memberi hujah yang lemah semasa pembentangan/pengulungan kes.
2) Hakim jatuhkan hukuman bersalah.
3) Perhimpunan bantahan dan demo jalanan di seluruh negara.
4) Kerajaan BN terpaksa menghadapi PRU-13 dalam keadaan tertekan.
4) Pakatan Rakyat memenangi PRU-13
5) Rayuan di mahkamah untuk pembebasan Anwar.
6) Anwar dilantik menjadi PM Malaysia oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Nampak mudah di atas kertas. Tapi masih mampukah mereka menggerakkan gelombang reformasi 1999 yang mahu dicantumkan dengan gelombang tsunami 2008? Dan adakah rakyat sebodoh itu untuk dipergunakan mereka sebegitu mudah?
Tapi apa yang jelas kelihatan strategi baru mereka kali ini mahu mempergunakan mahasiswa demi meniru Arab Spring.
Kalau tidak, manakan mungkin semakin dekat tarikh keputusan perbicaraan Anwar, semakin banyak demo dan isu berkaitan mahasiswa dimainkan seolah sedang mencipta satu momentum.
Tapi percayalah, pertaruhan terakhir mereka ini terlalu besar nilai pertaruhannya. Apa yang mereka pertaruhkan? Keamanan, hubungan kaum dan keharmonian rakyat Malaysia!
ABAI: Asalkan Bukan Anwar Ibrahim
Monday, January 02, 2012
Kenyataan Mufti Perlis Mengarut
Kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya kepada portal Malaysiakini dilihat mengarut dan cuba menyalahkan pihak berkuasa sepenuhnya.
Di sebalik menasihatkan agar mahasiswa tidak menyertai perhimpunan yang dilihat dipengaruhi pembangkang, Mufti Perlis menggambarkan seolah-olah peristiwa tersebut satu tragedi berdarah dan pihak berkuasa salah sepenuhnya.
Tidak salah jika Dr Juanda sebagai pemimpin agama di Malaysia menyiasat serta menyelidik punca serta gambaran kejadian sepenuhnya sebelum mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan pihak berkuasa di Malaysia dipandang serong.
Antara kenyataan beliau:
"Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan insiden yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim semalam sebagai "pembantaian mahasiswa" yang amat membimbangkan.
Bekas zamil pelawat di Universiti Oxford itu menimbulkan rasa hairannya kenapa perhimpunan itu sampai "menumpahkan darah sesama sendiri yang diharamkan oleh agama"?"
Antara kenyataan lain beliau ialah:
"Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Dr Juanda berkata, pihak berkuasa sewajarnya menggunakan kebijaksanaan -- yang didakwanya makin hilang -- setika kemarahan peserta perhimpunan itu memuncak.
"Ya, anda ada kuasa, tetapi biarlah orang hormat dan hargai kuasa anda, bukannya memarakkannya dengan fitnah kebencian!" katanya." sumber Malaysiakini
Bekas mufti Perlis yang sentiasa dihambat kontroversi, Dr Asri turut cuba membabitkan diri tanpa memikirkan kesan kata-katanya dengan mengingatkan pihak berkuasa seolah-olah kejadian di UPSI boleh mengakibatkan revolusi pelajar sepertimana di Tunisia.
Harus diingat, revolusi rakyat di Arab bermula daripada penderitaan rakyat, bukannya kerana pelajar diperguna demi kepentingan politik dan menjadi perkakas politik pihak-pihak tertentu!
Inilah jadinya bila orang agama cuba mencampuri semua aspek dalam kehidupan tanpa ada ilmu dan kajian yang mendalam berkaitan isu tersebut.
Mentadbir kerajaan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kebijaksanaan dan kecekapan serta kecepatan bertindak dan terserah kepada kita sendiri dengan panduan syariat Allah S.W.T. kerana Rasulullah S.A.W. pernah bersabda kepada sahabat baginda yang bermaksud "Kamu lebih tahu dengan urusan dunia kamu - hadis riwayat Muslim"
Pautan berkaitan:
Temubual Raja Petra-Mingguan
Temubual Mingguan Malaysia bersama Raja Petra yang dikenali sebagai salah seorang pendokong kuat Anwar berjaya memberi satu pandangan segar berkaitan lanskap politik Malaysia.
Secara keseluruhannya, Raja Petra tidak lagi memuja Anwar dan juga tidak menyokong DS Najib serta BN secara penuh. Beliau hanya mahukan kewujudan satu kerajaan yang berteraskan prinsip good governance.
Paling menarik bila Raja Petra membangkitkan isu calon yang bagus sekaligus secara tidak langsung membidas usaha Pakatan Rakyat yang meminta pengundi memilih calon pilihanraya berasaskan "bukan Umno" tanpa menitik-beratkan sejauh mana kecemerlangan peribadi calon mereka.
Antara sedutan yang menarik ialah:
"Saya beritahu anda, pada pilihan raya akan datang, mereka akan kembali menyokong kerajaan. Sekarang saya bercakap dengan pengundi pada 2008 yang mengikut pembangkang. Mereka beritahu, pada pilihan raya akan datang mereka tidak akan lagi mengundi pembangkang kerana mereka tidak puas hati, kecewa dan tidak yakin dengan pembangkang. Perkara ini yang berlaku.
Kenapa saya harus risau dengan keadaan ini? Pembangkang yang harus risau dengan keadaan ini. Kenapa pembangkang begitu yakin untuk menubuhkan kerajaan? Hanya kerana ABU, kerana tak mahu UMNO?
Anda nak beritahu saya nak tubuh kerajaan atas dasar default (kegagalan). Sekali kerana orang benci UMNO, anda berkuasa? Jangan lupa pada 1999, anda gunakan strategi sama , asal benci Mahathir, ketika itu Barisan Alternatif. Tetapi apa yang berlaku pada 2004. Asal benci Mahathir, apa akan jadi apabila Mahathir bersara dan serah kuasa kepada Pak Lah."
" Asal benci UMNO, Asal bukan UMNO… kalau masih guna strategi sama, apa terjadi kalau rakyat tidak lagi membenci UMNO? Kita tidak boleh menjalin hubungan dengan rakyat berdasarkan kebencian. Perkahwinan berdasarkan kebencian tidak akan kekal lama.
Asas kepada perkahwinan yang kekal dan berpanjangan adalah berasaskan cinta. Kalau pengundi tak cinta kepada kamu dan kalau mereka bersama kerana benci pihak yang satu lagi dan apabila perasaan benci mereka sudah tiada, tiada ada apa-apa lagi untuk kamu. Itu sahaja. Ia asas yang rapuh. Pembangkang tidak mahu mendengar."
Malah, Raja Perta turut menyatakan kekesalan terhadap kelemahan pentadbiran negeri dikuasai PKR iaitu Selangor
"Mari kita cakap tentang aspek sekular dalam kepimpinan. Sekarang Anwar tak kagumkan saya di Selangor. Dia tak tunjuk, dia jalankan kerjanya dengan baik. Saya berkata begitu kerana dapat laporan daripada ramai orang, ahli perniagaan. Mereka mengadu dan salahkan saya.
Saya berhak untuk kritik. Saya tak ada terima maklum balas tentang prestasi dia di Selangor. Kalau anda tak boleh jadi penasihat ekonomi yang baik dan tak boleh dipercayai, bagaimana nak tadbir negara?
Bercakap tentang permata di atas crown, tentunya Selangor. Adakah banyak perubahan drastik di Selangor? Tentu tidak. Maklum balas yang kita terima jadi kayu pengukur iaitu rasuah masih berada di tahap sama, tiada pengurangan.
Rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal. Itu yang perlu kita perangi sekarang. Kita gagal di bahagian ini. Kita mengadu kepada Anwar bahawa rakyat tak gembira. Jangan harap untuk kekalkan Selangor kerana peluang untuk BN kembali lebih cerah kerana rakyat tak gembira."
"Dia pula lantik diri sebagai penasihat ekonomi negeri. Apa nasihat anda (Anwar)? Sejak tiga tahun lalu anda dilantik sebagai penasihat ekonomi. Pergi luar negara lebih 60 kali dalam masa tiga tahun. Patutnya duduk mentadbir negeri, jalankan tugas parti, mentadbir Pakatan. Pakatan huru-hara. Rakyat bergaduh sesama sendiri. Apa komennya? No comment, senyap sahaja."
Untuk bacaan penuh, sila klik ke : Utusan Online: Persepsi Sudah Berubah
Subscribe to:
Posts (Atom)



